Friday, July 19, 2013

Impian dan cita2..

Bismillahirrahmanirrahim..

Beberapa hari lepas berpeluang menonton satu animasi bertajuk 'Robot'. Bagaimana dia berusaha mencapai impiannya menjadi inventor. Cerita ni sangat menarik, memberi banyak pengajaran kepada kita. Semasa menonton cerita ini, kadangkala aku teringat pada diri sendiri.. Kalau dibincang atau diungkit hal cita-cita mahupun impian, hati ini mudah terasa sebak.

Jika ada mereka yang mengadu padaku perihal cita-cita mereka yang tak kesampaian, terhalang..aku mudah berduka mendengarnya.


Teringat pada seorang rakan baikku di matrikulasi, bagaimana dia menceritakan cita-citanya terhalang. Aku cuba sedaya upaya memberi sokongan padanya kerana aku pernah merasakan kekecewaan itu. Sehingga kini apabila dia ada menceritakan berkaitan dengan cita-citanya, aku mudah berduka, kecewa...


Sejujurnya, kadangkala aku sudah takut memasang impian dan cita-cita..tapi kadangkala aku fikir, cerita hidupku ini begini kerana Allah mendidik aku jadi lebih kuat.

Aku berusaha memasang cita-cita walau aku sendiri takut untuk memandangnya. Berusaha memasang dan bergerak ke arahnya. Moga Allah beriku kekuatan..*far in a deep heart, it feels like crying so hard.

Pengajaran buat diri, if I'll be a parents (InsyaAllah), i'll treasure her/his interest and ability, i ensure to make him/her dreams become true..aminn

*this post is 2 years back,but in draft..at last, today I post here..

No comments:

Post a Comment