Thursday, July 25, 2013

andai lelaki tahu...

salam

andai lelaki tahu..
apabila seseorang perempuan itu jatuh cinta, lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya dihatinya.

andai lelaki tahu..
apabila seseorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah tapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah mencintai lelaki itu.


andai lelaki tahu...
apabila seorang perempuan cepat marah, dia memang tidak mampu mengawal perasaannya. tapi percayalah itulah maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu. lihat sahaja pasangan yang baru  bercinta, mereka jarang bergaduh. tetapi percayalah  semakin bertambah sayang mereka pasa seseorang, semakin banyak pula pertelingkahan yang berlaku.

andai lelaki tahu...
apabila seseorang perempuan itu banyak bercakap, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.

andai lelaki tahu...
seorang perempuan itu berkata dia mahu anda berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya. tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya tetapi untuk masa depan anda

andai lelaki tahu..
apabila seseorang perempuan itu cemburu dan tidak percayakan anda itu bukan bermakna  dia tidak sayang..sebaliknyaa dia terlalu sayangkan anda dan masih menganggap anda seperti anak kecil yang perlukan perhatian. kadang-kadang dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, anda akan mengkhianati lepercayaan yang diberi. naluri keibuannya kuat. dia hanya  mahukan yang terbaik untuk anda.

andai lelaki tahu..
apabila perempuan itu merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit atau hadiah sedozen, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat perempuan rasa dirinya dihargai..

andai lelaki tahu..
apabila perempuan jarang mengatakan ' I love You,' itu tudak bermakna dia tidak mencintai tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya, bukan hanya dengan kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya..

andai lelaki tahu..
apabila perempuan kata dia rindu pada kamu, dia benar-benar maksudkannya. apabila berjauhan, bayangan kamu akan sentiasa bermain di mata.

andai lelaki tahu..
apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik daripada diri kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya menguji kamu. dia mahu melihat bagaimana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya.walaupun sememangnya kamulah yang terbaik di hatinya. selagi dia dengan kamu, percayalah, walaupun perempuan masih menganggap ramai lagi yang lebih baik dimatanya, tetapi dihatinya kamu tetap yang terbaik.

andai lelaki tahu..
apabila perempuan itu menjadi degil, dia bukan bermaksud untuk menjadi degil tapi dia mahu melihat sejauh mana kamu mampu bersabar dengan kerenahnya. percayalah hati perempuan itu sangat lembut. andai kena caranya, jangan terkejut kalau dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.

andai lelaki tahu..
apabila perempuan itu berkata "tolong tinggalkan saya". dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula. itu tandanya dia benar-benar menyintai anda. perempuan memang sukar mengawal perasaan. dia terlalu emosional. tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.

andai lelaki tahu...
sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri. tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan. perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. disebalik air matanya, tersimpan seribu kekuatan yang bakal menjadikan seseorang lelaki itu selamat bersamanya. biarpun perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan sendiri yang bisa mengoncangkan dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki lemah kerananya..

jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyokong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak-anak anda..

FOund in FB..tak tahu siapa penulis asal. Boleh kata hampir semua, menyamai diri ini. Memang satu perkara, aku tidak pernah bercinta semasa di sekolah. Ada beberapa rakan lelaki sering bertanya, " takde couple ke?" "Ada BF?" soalan seumpama itu akan dijawab, " Tiada, sebab bila aku dah mula sayang dan cinta pada seseorang tu aku akan setia sampai bila2!" Itu prinsip aku. Mungkin, apa2 boleh terjadi. Tapi andai sememangnya diri ini memang sukar menerima cinta, apakah mungkin akan selingkuh?

Paling penting, biar cintaku adalah asbab aku ke syurgaMu ya Ilahi..

Friday, July 19, 2013

Impian dan cita2..

Bismillahirrahmanirrahim..

Beberapa hari lepas berpeluang menonton satu animasi bertajuk 'Robot'. Bagaimana dia berusaha mencapai impiannya menjadi inventor. Cerita ni sangat menarik, memberi banyak pengajaran kepada kita. Semasa menonton cerita ini, kadangkala aku teringat pada diri sendiri.. Kalau dibincang atau diungkit hal cita-cita mahupun impian, hati ini mudah terasa sebak.

Jika ada mereka yang mengadu padaku perihal cita-cita mereka yang tak kesampaian, terhalang..aku mudah berduka mendengarnya.


Teringat pada seorang rakan baikku di matrikulasi, bagaimana dia menceritakan cita-citanya terhalang. Aku cuba sedaya upaya memberi sokongan padanya kerana aku pernah merasakan kekecewaan itu. Sehingga kini apabila dia ada menceritakan berkaitan dengan cita-citanya, aku mudah berduka, kecewa...


Sejujurnya, kadangkala aku sudah takut memasang impian dan cita-cita..tapi kadangkala aku fikir, cerita hidupku ini begini kerana Allah mendidik aku jadi lebih kuat.

Aku berusaha memasang cita-cita walau aku sendiri takut untuk memandangnya. Berusaha memasang dan bergerak ke arahnya. Moga Allah beriku kekuatan..*far in a deep heart, it feels like crying so hard.

Pengajaran buat diri, if I'll be a parents (InsyaAllah), i'll treasure her/his interest and ability, i ensure to make him/her dreams become true..aminn

*this post is 2 years back,but in draft..at last, today I post here..

Pohon sakura di musim luruh.

Bismillahirrahmanirrahim..

Lama sungguh la..nak dekat 2 tahun tinggalkan dunia blog..Hurm, tua dah ceq..
Sekarang bergendang-gendut la menjalani praktikal..Cepat je masa..
Macam-macam la jadi, bab masak banyak dah..cuma xter update plak..hehe..
Bajet cam pandai masak dah je skarang..hehe.tapi banyak la progressing..Cuma peningkatannya xbanyak..ciput je..anyway, here some sharing moment..tough time, but still i have to get along with it..hope so..

Aku mencintaimu,
Berharap perkataan itu bukan erti cinta semu,
Setelah aku dan kau bertemu,
Dalam lingkungan cinta yang berliku.


Betapa kini kita semakin sakit menanggung diri,
Perasaan yang berat kadangkala ditangisi,
Sungguh berat ujian ini,
Moga kita melangkah dengan keyakinan pada Ilahi.

Beberapa kali kita cuba menguatkan,
Berharap moga suatu nanti kita disatu dengan ikatan,
Terus berharap akan tercapai segala impian,
Agar cinta bersemi bukan hanya angan-angan.

Mari terus memanjat doa,
Kerana itu hanya satu-satunya,
Senjata terkuat buat kita,
Dalam bersama-sama mendaki gunung usaha.

*Da lama xgilap, semacam je sajak kt atas ni..huhu..skema! Boleh wat buku untuk budak sastera sekolah..huhuhu..

Wednesday, September 12, 2012

Biskut Raya

Bismillahirrahmanirrahim..


Alhamdulillah, bulan Syawal pun xlame lagi da nak pegi...

Punya la lama xupdate blog ni...xpela,bukan ade yg nk tengok pun..huhu..

Ramadhan lepas punye la pulun buat kuih raya...pengajaran juga: jangan terlebih2 wt biskut raya, nnti xseronok nk beraya..huhu..

Semenjak datang order wat biskut tart la, cornflakes madu la..punya la semangat buat..lama2 pancit jugak..Tapi nanti insyaAllah dah tau camne nak manage sikit..

Bukak sem ni bawak la kat kelas biskut raya tapi choc chip da xsempat bawak ke kelas sebab my geng tak nak bagi bawak keluar dari bilik..woi! aku buat bg kt budak kelas lah! habih depa balun semua...sabaq jela..hehe


frust aku ngn depa ni  :p

Nk amik pic pun xsempat..kena buat lagi la balik raya aji ni..

Saturday, November 12, 2011

Kak long turun dapur 8

Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah dapat gak post entry br..masaknye da lme tp nk post nye asyik kna postpone je..
Erm..alhamdulillah edisi raya aidil adha hr 2 ada wt cotton cheesecake..seronok gler wt..sanggup la smpai tdo kul 3 pg..Start pn lmbt..tekun je buat sorang2..dari start measure bhn smpai la da msak..org len sumer da tdoq..huhuhu..Papepon seronok sbb blh bg org lain mkn,satu kepuasan!



That's real ok..not fake..mmg ni sy yg wt..terlebih rajin plak mengedit bgai gmbo ni..
Alhamdulillah syukur kek ni mnjadi..rmai yg ske..depends on people, there's certain people that not really like cheesecake..

*for someone that already see my blog, i'm personally wish thnx 2 u..i didnt expect that u already found my blog..really..and sincerely in my heart..i appreciate it..thnx sgt! terharu tau awk bgtau sy awk jmpe n bc blog sy..thnxxXxXxX

Saturday, August 13, 2011

Kak Long Turun Dapur 7


Bismillahirrahmanirrahim

Ok,ni entry ke-2 Ramadhan. Entah mana datang ilham, tetibe je teringin nak masak ayam madu. So buat la ayam madu. Alhamdulillah menjadi dengan pemantauan ibu.. Lepas ni nak buat lagi lah! n_n


Ayam Madu..nyumm2..

Gambar separuh??hurm, memang la den ni xpandai tgkap gambo..huhu..

Kak Long Turun Dapur 6



Bismillahirrahmanirrahim

Lamanya xpost blog. Ni kira 1st entry utk edisi Ramadhan..huhu..sebelum2 ni memang da ada masak tapi sebab ada yg da biasa masak n lupa nk tangkap gambar. Da habis makan baru teringat nk post..huhu..ok, 2 hari lepas ada masak kentang sambal ngn ayam masak kunyit..huhu..ni 1st time cuba la. Alhamdulillah, kira ok la..menjadi..
Ayam masak kunyit



Kentang masak sambal


Gambar dia xlawa langsung kan? huhu..tp alhamdulillah rasa dia lebih baik dari rupa..lagipun memang pencahayaan kurang jd gambar pun kurang menarik.. Alhamdulillah, minat memasak pun skrg smakin meningkat..huhu (kalau x dulu asyik tunggu makanan hidang depan mata je..huhu) Alhamdulillah atas segalanya Ya Allah,ada peningkatan utk aku..n_n